Perkhidmatan Terbaik Nikah Kahwin Di Selatan Thai

Sejak 2014, pengalaman kami yang meluas dalam membimbing pasangan untuk mengadakan upacara perkahwinan di Thailand telah mendahului banyak agensi lain yang kini beroperasi. Kami telah mengatasi berbagai cabaran yang berkaitan dengan perkahwinan di Thailand sejak penubuhan kami.

Kakitangan kami terdiri daripada warga Malaysia yang tinggal di Sempada Malaysia-Thailand, memudahkan kami untuk mengendalikan logistik dengan efisien dan memastikan proses pernikahan anda berlangsung dengan lancar dan selamat.

Kami memiliki hubungan kerjasama yang erat dengan Pejabat Agama dan Konsulat Malaysia di Thailand. Ini memudahkan prosedur-prosedur berkaitan dengan urusan perkahwinan.


Pakej Promosi 2024

Pakej 1 Hari

  • Segala urusan bayaran di Majlis Agama Islam Songkhla dan Malaysia, jurunikah, saksi bertauliah, khidmat gambar serta dokumen nikah.

  • Insurans & transport 1 hari 

  • Caj pengurusan

Pakej 2 Hari 1 Malam

  • Segala urusan bayaran di Majlis Agama Islam Songkhla dan Malaysia, jurunikah, saksi bertauliah, khidmat gambar serta dokumen nikah

  • Penginapan 2 hari 1 malam

  • Insurans & transport untuk 2 hari

  • Caj pengurusan

 


Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Anda boleh hubungi kami melalui email atau whatsapp menetapkan untuk temujanji.

Adakah pernikahan di Thailand sah dari hukum syarak?

Pernikahan yang berlangsung di salah satu 5 Wilayah Selatan Thailand yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia adalah 100% sah mengikut hukum syarak. Pasangan tidak perlu bimbang tentang ini kerana imam-imam yang dilantik untuk menikahkan pasangan telah mendapat tauliah dari JAKIM dan Majlis Agama Islam di Thailand

Hukum nikah di luar negara termasuk nikah di Thailand adalah sah dengan syarat:

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.

2. Pernikahan itu berlangsung di lokasi melebihi dua marhalah atau 92km.

3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.

4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Dikeluarkan Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52

Tarikh Muzakarah: 1 Julai 2002

Tarikh Keputusan: 1 Julai 2002

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Adakah sijil nikah Thailand diiktiraf oleh kerajaan Malaysia?

Sijil nikah Thailand diiktiraf 100% oleh JAKIM dan kerajaan Malaysia. Sekiranya pasangan ditangkap berkhalwat, tuan/puan tidak akan disabitkan atas apa-apa kesalahan, kerana sijil nikah Thailand adalah sah dan diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia.

Apakah dokumen yang saya perlu bawa?

Dokumen-dokumen ini diperlukan untuk urusan pernikahan di Thailand:

  • Pas Sempadan (penduduk Kedah, Perlis, Kelantan, Hulu Perak sahaja) atau Pasport
  • Kad Pengenalan
  • Surat cerai yang asal
  • Surat kematian suami yang asal
  • Surat atau kad mualaf (mualaf sahaja)
  • Visa dari kedutaan Thailand (warga asing dari negara tertentu sahaja)
  • Kamera atau fon yang boleh rakam video akad nikah (untuk perbicaraan di mahkamah bila balik nanti)

Bilakah saya perlu bayar untuk Pakej Nikah Di Thailand ini?

Anda tidak PERLU membayar apa-apa wang Deposit. Anda hanya dikehendaki menjelaskan Bayaran tunai sepenuhnya setelah sampai dan berada di Pejabat Majlis agama Islam Wilayah Songkhla.

Saya telah digantung tidak bertali oleh suami selama 5 bulan, bolehkah saya bernikah dengan lelaki lain?

Tidak boleh. Mengikut hukum syarak, puan masih lagi isteri yang sah kepada suami puan. Dalam kes begini, puan perlu pergi ke pejabat agama terdekat dan memohon cerai taklik. Jika bernikah di Thailand, puan boleh mohon cerai taklik di sana. Selepas dapat sijil cerai, pernikahan di Thailand boleh berlangsung mengikut prosedur biasa.

Kami ingin mendaftar pernikahan kami di Malaysia. Adakah kami perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah?

Pasangan yang ingin menguruskan sendiri urusan pendaftaran nikah di Malaysia, atau guna khidmat peguam perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes. Walau bagaimanapun, pasangan yang mahu mendaftarkan terus pernikahan di pejabat agama Malaysia tanpa perlu naik mahkamah boleh mendapatkan pakej daftar nikah daripada kami selepas selesai nikah di pejabat agama Thailand.



Hubungi Kami

Daftar maklumat anda di sini dan pegawai kami akan menghubungi anda

Anda juga boleh whatapp kami dengan menekan link di bawah

Lokasi Kami

Nikah Kahwin Thailand
Padang Besar, Perlis, Malaysia


Tentang Kami

Kami di Nikah Kahwin Thailand berkomitmen untuk membantu individu melakukan pernikahan di Thailand melalui pakej-pakej yang sesuai dengan situasi setiap pelanggan kami. Pasukan kami di Kedah dan Selatan Thailand sangat berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan urusan pernikahan yang mudah dan selamat.